Monday, April 3, 2017

KANSER SI SILENT KILLER

Kanser adalah pembunuh secara senyap kerana biasanya seseorang itu tidak akan sedar bahawa dia sedang menghidapi kanser dan apabila datang berjumpa doktor kanser mereka sudah ditahap akhir.

Tahap akhir yang dimaksudkan ialah Tahap 3 atau 4. Yangmana biasanya pada tahap ini kanser sudah pun merebak.

Secara amnya, kanser adalah sel didalam tubuh manusia yang tumbuh secara ABNORMAL dan berpotensi merebak ke tempat lain.



Jika sel normal, sel akan membahagi mengikut jumlah sel yang diperlukan. Apabila sel yang diperlukan sudah cukup proses pembahagian akan terhenti.

Contohnya: Sel kulit.
Setiap hari akan ada sel kulit yang mati dan perlu diganti dengan sel baru. Jadi, sel baru akan tumbuh(membahagi) sehingga sel yang diperlukan cukup. Kemudian otak akan memberikan signal untuk memberhentikan proses tersebut kerana sel yang diperlukan sudah cukup.



BAGAIMANA sel kanser terjadi?

Apabila badan kita terdedah kepada radikal-radikal bebas tidak kira yang berada disekeliling ataupun didalam badan. Ia akan menyebabkan potensi DNA didalam sel badan akan menjadi rosak.

Apabila DNA rosak. Sel didalam badan akan menjadi ABNORMAL. Mutated atau bahasa mudahnya CACAT!

Bagi sel yang CACAT, badan telah menyediakan sistem dimana sel yang CACAT ini perlu membunuh diri sendiri melalui proses yang dipanggil APOPTOSIS.

Jadi, kesemua sel yang CACAT perlu "membunuh diri" supaya sel yang CACAT ini tidak lagi membahagi.

Contohnya:
Di sebuah kilang produksi Jika ada produksi yang defect atau rosak, produk tersebut perlu dilupuskan atau dibuang.

Begitu juga dengan sistem pertumbuhan(pembahagian) sel badan. Jika terdapat sel yang rosak. Sel tersebut perlu dimatikan melalui proses APOPTOSIS.

Kanser ini ibarat sel CACAT(rosak) yang sangat degil. Tidak mahu membunuh diri melalui proses APOPTOSIS dan terus membahagi.

Sudahlah CACAT tidak mahu mati pula. Bahkan terus membahagi dan akhirnya merebak menjadi barah yang menjejaskan fungsi organ-organ didalam tubuh. Sungguh JAHAT sel kanser.

Hampir semua organ didalam badan boleh terkena kanser. Tidak kira otak, mata, telinga, tekak, mulut, paru-paru, usus, prostat, pundi kencing, otot tangan, kaki, dan organ yang lain.

MENGAPA kanser boleh membunuh?

1. Apabila ketumbuhan(sel rosak yang terus membahagi) membesar, ia akan menjejaskan fungsi sesuatu organ.

2. Apabila ia merebak. Ia akan merosakkan fungsi organ lain.

3. Akhirnya, apabila semua fungsi organ rosak sistem badan akan lumpuh dan akan menyebabkan kematian.



BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU?

1. Memperbaiki DNA
Bagi DNA yang rosak. Sel badan akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki sel tersebut. Jika sudah tidak boleh diperbaiki, sel tersebut perlu jalani proses Apoptasi. Vivix berupaya membantu sehingga ke tahap selular DNA. Kajian mengatakan bahan didalam vivix mampu membantu memperbaiki DNA.

2. Mengaktifkan mitikondria didalam sel. Kajian menunjukkan sel yang mempunyai mitikondria yang aktif dan sihat lebih rendah risiko untuk bertukar menjadi sel kanser.

3. Menggalakkan kematian sel.
Sel yang rosak perlu membunuh diri. Vivix membantu menggalakkan kematian sel-sel yang telah rosak. Vivix juga tidak memberi peluang kepada sel yang rosak untuk hidup dan menjadi sel kanser.

4. Menghalang pembentukan kanser. Vivix yang kaya dengan antioksidan membantu melawan radikal bebas. Apabila Badan kurang terdedah kepada radikal bebas maka DNA kurang rosak dan risiko pembentukan sel juga terhalang.

Kanser tahap berapa pun boleh IKHTIAR dengan vivix. Tetapi apabila kanser sudah merebak dan banyak organ yang sudah terkesan. Mungkin keberkesanannya sedikit kurang jika dibandingkan dengan pengambilan awal untuk tujuan pencegahan. Tetapi tidak ada masalah untuk tetap mencuba. Kerana yang maha menyembuhkan itu Allah.

Antara faktor utama yang PALING BERISIKO KUAT dan TINGGI adalah faktor KETURUNAN.

Jadi bagi ANDA yang mempunyai adik-beradik mahupun ibu ayah yang menghidapi kanser. ANDA tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai RISIKO TINGGI untuk menghidapi kanser.

Anda perlu kerap melakukan pemeriksaan dan mula amalkan VIVIX bagi langkah pencegahan.

Untuk anda yang kurang berisiko ini bukanlah masa untuk kita mengambil ringan tentang penjagaan kesihatan kerana pada masa kini risiko pendedahan kepada radikal bebas semakin tinggi.

Kesihatan adalah amanah Allah yang perlu dipelihara sebaiknya. Mencegah juga lebih baik daripada mengubati.

Untuk tempahan vivix boleh terus Whatsapp

Ija +60193481755
Ija +60193481755
Ija +60193481755

#hijrahsihat #ija0193481755

salam sayang,


Saturday, March 25, 2017

Vivix #5: Telomere Study

Assalamualaikum dan salam #hijrahsihat.

Hari ini Ija nak share berkenaan kajian terhadap vivix.



Shaklee telah membuat satu kajian keatas Vivix yang dinamakan "Telomere Study" yang diketuai oleh Dr. Elezabeth Blackburn seorang pemenang nobel prize dalam bahagian perubatan.



Kajian pertama dilakukan kepada pengamal vivix selama 5 tahun dan individu yang tidak mengamalkan makanan tambahan (suplemen) Shaklee.

Biasanya kajian akan dilakukan dengan cek darah untuk melihat keputusan gula, kolestrol dan sebagainya.

Berbeza dengan kajian Telomere Study. Kajian dilakukan terhadap DNA.



Hasil kajian mendapati telomere individu yang mengamalkan vivix panjang 40% berbanding mereka yang tidak mengamalkan vivix.

Berdasarkan gambar. Perhatikan keputusan individu yang berusia 80 tahun yang mengamalkan vivix.

Didapati DNA nya sama panjang dengan individu yang berusia 40-an yang tidak mengambil vivix.

Terbukti bahawa vivix membantu melambatkan proses pemendekan DNA.


Kajian ke-2 mendapati mereka yang mengamalkan vivix memberikan hasil 11% peningkatan bagi panjang Telomere pada DNA mereka berbanding merekan yang tidak mengamalkan vivix.

Salam sayang,

PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI!

Monday, March 20, 2017

vivix #4: Bahan yang terkandung dalam vivix

Assalamualaikum dan salam #hijrahsihat.

Stret to the point. Ija nak share 4 bahan yang terkandung dalam vivix.



Bahan vivix #1: Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum merupakan spesis herba yang tinggi dengan antioksidan dan mengandungi resveratrol.

Polygonum Cuspidatum telah digunakan beratus tahun dulu dalam rawatan rambut beruban dengan dijadikan syampu.

Polygonum Cuspidatum mempunyai kuasa anti-penuaan yang tinggi.





Bahan vivix #2: Anggur Muscadine

Anggur muscadine adalah salah satu bahan utama dalam penghasilan vivix.

Sebiji anggur yang besar. Saiznya seperti bola golf.

Kuasa antioksidanya 40kali lebih hebat daripada anggur merah biasa.

Anggur biasa hanya ada 19 kromosom, manakala anggur muscadine ada 20 kromosom.

Salah satu kromosom mempunyai polifenol tambahan seperti Asid Ellagic, Anthocyanidins, dan Quercetin yang bantu

+ anti-radang (kurangkan sakit)

+ anti-bakteria

+ anti-kanser



Bahan vivix #3: Elderberri Eropah

Satu bahan yang sangat bagus untuk mata.

Polifenol (flavanoids) dalam Elderberri Eropah bantu memberi perlindungan pada sel mata dan bantu untuk penglihatan yang bagus.

Elderberri Eropah juga bantu memberi perlindungan imun yang bagus.


Bahan vivix #4: Lobak ungu

Lobak ungu tinggi dengan polifenol (Anthocyanidins)

Anthocyanidins sangat bagus untuk kesihatan jantung dan bantu dalam mengurangkan penghasilan plak dalam sel badan.

Anthocyanidins mengandungi anti-bakteria yang bantu menghalang jangkitan(infection).

Salam sayang,


PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI



Sunday, March 19, 2017

Vivix #3: Bagaimana polifenol dan resveratrol berfungsi?

Assalamualaikum dan salam #hijrahsihat.

Hari ini Ija akan kongsikan antara points penting yang perlu kita tahu tentang vivix.

Bagaimana polifenol dan resveratrol berfungsi?

#1: melindungi dan membaiki DNA

Polifenol dan resveratrol bantu memberi perlindungan pada sel badan.

Dengan kehadiran polifenol dan resveratrol didalam badan apaliba kita minum vivix, radikal bebas akan terhalang daripada merosakkan DNA.

Maka, apabila radikal bebas dapat dihalang DNA dapat dilindungi.


#2: pengawalan genetik yang bagus

Apabila radikal bebas terhalang proses pengawalan genetik berjalan dengan lancar.



#3: penghasilan biogenesis pada mitochondria.

Siapa yang belajar sains dulu mesti tahu mitochodria ialah tempat punca tenaga terhasil.

Bandingan ketiga-tiga gambar, gambar yang banyak dengan hijau bermakna banyak mitochondria.

Bila mitochondria banyak, tenaga pun banyak.

Sebab tu siapa amalkan vivix rasa lebih fresh dan bertenaga.

#4: melambatkan penghasilan AGE Protin

Polifenol+resveratrol bantu lambatkan penghasilan AGE protin sebanyak 90% berbanding resveratrol sahaja.

Bila penghasilan AGE protin berkurang, risiko untuk mendapat pelbagai penyakit pun berkurang.

4 poin penting ini juga dipanggil 4 mekanisma utama vivix bertindak kepada sel badan.

InsyaAllah setakat ini dahulu perkongsian hasi ini. Moga anda dapat sesuatu.

salam sayang,



PENDAFTAEAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI!

Wednesday, March 15, 2017

Vivix #2: Faktor kemusnahan sel

Assalamualaikum dan salam #hijrahsihat

Hari ini kita akan kenal lebih lagi tentang vivix.

Diharap perkongsian yang Ija tulis ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari ikhtiar untuk masalah kesihatan masing-masing.

Tahukah anda?
Setiap hari sel badan kita akan mengalami proses penuaan. Semakin banyak sel yang rosak, semakin cepat proses penuaan berlaku.

Gaya hidup termasuk kelengkapan keperluan nutrisi yang perlu diambil sangat mempengaruhi keadaan kesihatan individu.

Walaupun umur sama kesihatan individu tidak semestinya sama. Kerana gaya hidup termasuk kelengkapan keperluan nutrisi yang diambil mempengaruhi tahap kesihatan kita.
Dengan kata lain "tua sebelum usia" atau "awet muda".

Faktor kemusnahan sel #1: KEMUSNAHAN DNA


Kemusnahan DNA berlaku setiap hari. Berjuta DNA dalam sel badan kita akan musnah setiap hari. DNA yang musnah akan menyebabkan penuaan sel badan menjadi cepat.
Kandungan radikal bebas yang banyak didalam badan juga akan menyebabkan DNA dan sel badan cepat rosak.

Faktor kemusnahal sel #2: AKTIVITI PENGAWALAN GENETIK BERKURANG


Radikal bebas memusnahkan protin yang akan mengaktifkan DNA untuk bekerja. Apabila aktif DNA berkurang, aktiviti pengawalan genetik juga semakin berkurang.

Faktor kemusnahan sel #3: PENGHASILAN TENAGA SEL BADAN BERKURANG.



Mitochondria adalah sel yang menghasilkan tenaga. Apabila terlalu banyak radikal bebas yang memusnahkan sel, mitochondria kurang dihasilkan. Akibatnya tenaga juga kurang dihasilkan.

Faktor kemusnahan sel #4: PENGUMPULAN PROTIN AGE


Apabila protin AGE meningkat dalam badan risiko penyakit seperti kencing manis, jantung dan lain-lain akan meningkat.

4 faktor kemusnahan sel ini mampu dikurangkan dengan mengubah gaya hijup yang sihat. Disamping mengamalkan makanan tambahan yang tinggi dengan anti-oksidan.

vivix salah satu pilihan yang patut anda pertimbangkan jika ingin memilih makanan tambahan yang tinggi dengan antioksidan.

salam sayang,




PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI!


Friday, March 10, 2017

Vivix #1: Pengenalan

Assalamualaikum dan salam #hijrahsihat.

Apa khabar semua? moga sentiasa berada didalam perlindungan Allah. InsyaAllah.

VIVIX

Anda yang biasa dengar perkataan vivix ini pastinya sudah biasa dengan kepopularan vivix yang dijadikan ikhtiar dalam membantu penyakit kronik.

Bagi yang baru nak berkenalan dengan vivix.

Vivix adalah satu produk daripada Shaklee. Berbentuk cecair merah menawan dengan rasa yang masam-masam manis sedap sehingga menjilat sudu. Perlu disimpan didalam peti ais selepas dibuka. Jika diletakkan didalam frezer juga boleh kerana ketulenan bahannya membuatkan vivix tidak membeku.



Ok. Itu serba sedikit pengenalan fizikal vivix. Selebihnya kita akan berkenalan dengan kelebihan kandungan vivix di dalam sharing ini dan beberapa sharing yang akan datang.

Vivix merupakan satu produk yang tinggi dengan anti oksidan yang mana dalam vivix terkandung polifenol dan resviratrol.

Nutrient-nutrient di dalam vivix mampu membantu melambatkan proses penuaan sel-sel didalam badan.

Proses penuan yang berlaku setiap hari boleh menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.

Jika zaman dahulu penyakit kronik adalah penyakit orang tua. Tetapi bukan zaman sekarang.

Kini, di Malaysia ramai orang muda yang sudah mendapat penyakit orang tua seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Penyakit-penyakit sebegini memang sudah tidak asing bagi golongan muda pada masa kini.

Menurut kajian penuaan sel yang semakin cepat pada masa kini menjadi antara faktor utama mengapa orang muda mudah mendapat penyakit kronik.

Antara faktor yang menyebabkan penuaan sel badan menjadi semakin pantas:
1. Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat
2. Kurang kesedaran tentang keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan
3. Tekanan hidup yang semakin meningkat
4. Gaya hidup yang kurang aktif dan kurang bersenam.



Setiap tahun peratusan penyakit kronik seperti kencing manis dan jantung semakin meningkat. Peningkatan-peningkatan peratusan penyakit kronik ini juga sangat berkait rapat dengan faktor penuaan sel badan yang semakin pantas.

Bagaimana Resviratrol dan polifenol yang ada dalam Vivix boleh membantu? 

Secara ringkasnya Ija terangkan bahawa resveratrol dan polifenol bertindak melalui 4 mekanisma: 

1. Memberi perlindungan kepada DNA dan sel badan
2. Memberi kesan positif dalam pengawalan genetik
3. Meningkatkan penghasilan tenaga sel
4. Membantu mengawal penghasilan protin AGE

Alhamdulillah, selesai berkongsi sedikit pengenalan tentang vivix. Didalam perkongsian yang seterusnya Ija akan kongsikan dengan lebih mendalam berkenaan faktor kemusnahan sel didalam badan.

salam sayang,




Tuesday, February 28, 2017

Detox #6: Testimoni detox Shaklee

Assalamualaikum dan salam #hijrah sihat.

Ija ni asyik sembang pasal detox je. Nak jugak nengok testimoninye dak?

Ok la layankan~ jom sama-sama tengok.

Buat detox hasil KULIT FLOWLESS

Mulakan dengan diri sendiri. Ciaciacia~

Kulit sembab bertukar peloles gitew~

Cunnya~ 

Detox tak kenal gender. 

Yang ni pula buat detox hasilnya KURUS

Cuba cari pipi pau Ija mana ><

Biar gambar berbicara


Hasilnya detox

Bukan kilo je hilang, vesceral fat pun turun tau

Best detox. Rugi sapa tak nk buat.

Salam sayang,


PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Detox #5: Nutrisi penting semasa detox

Assalamualaikum dan salam #hijrahsihat.

Rasanya anda semua dah maklum yang setiap hari kita tak lepas daripada pendedahan kepada toksin.

Sebab toksin boleh masuk dalam badan kita melalui makanan, air dan udara. Mana mungkin kita tak perlukan 3 elemen ni kan.

Jom tengok sikit apa yang berlaku masa toksin masuk.



Berdasarkan gambarajah toksin akan masuk melalui kulit,kolon dan peparu.

Kemudian hati akan ambil alih tugas meNEUTRALkan segala toksin.

Toksin akan dibawa keluar melalui kulit,kolon,peparu dan buah pinggang.

TAPI! Jika terlalu banyak toksin, hati tak boleh nak proses semua dan sebahagiannya akan tinggal dalam badan.

Bila toksin berkumpul kesannya badan akan mula rasa cepat penat, susah nak tidur dan akan mengalami lain-lain tanda toksin tinggi.

Jika toksin tinggi dalam badan apa yang kita boleh buat?

Anda boleh mula buat proses detox. Proses detox merangkumi 3 perkara.

1. Perubahan gaya hidup.
Untuk pastikan proses detox berjaya pertama sekali perlu ubah gaya hidup. Pastikan ń£aya hidup aktif.

2. Pengambilan makanan
Penting untuk pilih makanan yang berkualiti jika nak proses detox berjaya. Pilih la makan yang berkhasiat. Say NO to fast food please~

3. Pengambilan nutrisi yang betul.
Dalam proses detox organ yang terlibat perlukan nutrisi untuk jalankan prosea detox.



Antara nutrisi yang boleh diberikan untuk organ detox:



1. Daun Senna : bantu pergerakan usus besar supaya normal

2. Daun pudina: bantu proses penghafaman yang lancar dan elakkan daripada masalah angin dalam badan.

3. Alfalfa: bantu alkalikan PH darah

4. Polifenol: anti radang

5. 9 campuran bahan yang paling bagus untuk menjaga kesihatan hati dan pastikan pengaliran cecair hempedu berjalan lancar.

Juga memaatikan anti okaidan didalam hati cukup & dapat melimdungi sel-sel hati yang baru dihasilkan.

Kesemua nutrisi anda boleh dapatkan daripada set detox shaklee iaitu:

1. HERBLAX
2. ALFALFA
3. PEPPERMINT GINGER PLUS
4. VIVIX
5. DTX COMPLEX



Jika anda berminat boleh hubungi ija untuk konsultasi.

Anda juga boleh buat proses detox ikut bajet anda dan dapat hasil yang tidak kurang hebatnya.

Nak tengok testimoni detox? Klik next entry :)

Salam sayang,


PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Tuesday, February 21, 2017

Detox #4: Organ detoks

Assalamualaikum. Salam #hijrahsihat.

Perkongsian lepas Ija ada share tentang kuiz detox.

Dengan kuiz tu anda boleh kenal pasti sama ada toksin dalam badan anda tinggi atau tak.

Jika anda ada 2 tanda ke atas itu bermakna badan anda mempunyai kandungan toksin yang tinggi.

Apa yang berlaku dalam badan anda ialah badan mula menjadi lemah.

Sebenarnya badan kita boleh keluarkan toksin yang masuk dalam badan melalui 6 organ.

6 organ semulajadi yang menyingkirkan toksin:


1. KOLON : mengeluarkan najis, toksin, parasit dan bakteria

2. BUAH PINGGANG: menapis kotoran didalam darah

3. HATI: menapis racun dan bakteria dalam darah

4. LIMFA: mengeluaran toksin daripada sel badan

5. PARU-PARU: mengeluarkan gas seperti karbon dioksida

6. KULIT: mengeluarkan toksin berlebihan melalui peluh dan liang roma.



Walaupun badan kita dah ada sistem pembuangan toksin secara semulajadi.

Badan kita tetap tak boleh handle jika pendedahan kepada toksin terlalu tinggi atau kerap.

Analoginya macam ni, contoh la kita ni pekerja bila bos bagi kerja terlalu banyak lama-lama kita jadi stress dan kualiti kerja pun merosot. Haa.. gitew~

So, bila kualiti kerja badan kita semakin merosot mulalah kita nak rasa cepat stress, berat badan bertambah susah nak turun, dan sebagainya.

Sedihkan, kesian kat badan yang selalu berkerja kuat nak pastikan badan kita sihat.

Sayangi organ kita, Jom detox untuk permulaan #hijrahsihat.

Salam sayang,

PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Sunday, February 19, 2017

Detox #3: Tanda toksin dalam badan

Assalamualaikum. Salam #hijrahsihat.

Harini Ija nak kongsikan cara nak cek toksin dalam badan.

Anda boleh cuba kuiz dibawah.



CUBA KUIZ : 20 TANDA BADAN ANDA MUNGKIN BERTOKSIK TINGGI


1) Saya duduk di tempat yang udaranya tercemar

2) saya merokok/tinggal dengan orang yang merokok/kerap menghidu asap rokok

3) saya exercise kurang dari 3x seminggu

4) saya tidur kurang 6 jam sehari

5) saya selalu mengalami tidur terganggu

6) saya suka makan fast food, dan makanan yang diproses (daging burger, hotdog, daging cincang etc)

7) saya tak makan banyak tapi badan tetap naik dengan cemerlang!

8) saya selalu mengidam makanan manis

9) saya ambil alkohol

10) hidup saya dipenuhi stress

11) saya ada masalah sembelit

12) saya selalu rasa perut berangin dan makanan tak hadam

13) nafas saya berbau

14) badan saya berbau

15) saya selalu letih dan kurang bertenaga

16) saya selalu terasa hati dan moody tak tentu pasal

17) kulit saya kering dan kusam

18) saya perasan sekarang lebih banyak allergik makanan dan ada masalah kulit

19) saya selalu sakit kepala dan diserang migraine attack

20)saya selalu susah nak beri tumpuan dan cepat lupa/kurang daya ingatan

Setelah selesai anda boleh rujuk keputusan pada Ija sekiranya anda perlukan konsultasi.

Salam sayang,



















PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Saturday, February 18, 2017

Detox #2: Cabaran

Assalamualaikum. Salam #hijrahsihat.

Harini taip entry sambil tepek masker Alfalfa. Hihi~

Dalam perkongsian yang lepas Ija ada terangkan konsep detox dan kesan positid yang kita akan dapat sekiranya kita buat detox.

Walaubagaimanapun, setiap perkara yang kita nak buat pasti ada cabarannya.

Sama juga dengan detox.

Menurut penerangan pakar nutrisi ada beberapa cabaran dalam kita nak buat detox ni.

1. Udara
- udara hari ni tak macam zaman dulu. Banyak sangat pencemaran dan tinggi dengan bahan kimia.

2. Air
- sumber air sekarang pun tinggi dengan kandungan heavy metal. Sebab tu ramai yang jual penapis air sekarang.

Shaklee pun ada juga penapis air dalam bentuk jug. Sangat portable.

3. Makanan
-Ya! Makanan pun boleh jadi cabaran. Sayur-sayuran tercemar dengan racun serangga. Makanan seharian pun ramai yang lebih pilih yang expres macam fast food.

Semua tu sedikit cabaran dalam proses detox yang sebabkan kita terdedah dengan toksin yang tinggi.

Tapi, jangan risau Shaklee dah sediakan plan yang sangat mudah untuk kita ikut.

Plan detox ni disediakan oleh pakar nutrisi daripada US.

So, harapnya dapat seauatu daripada perkongsian Ija kalini.

Next Ija sambung dengan tanda-tanda kalau badan ada kandungan toksin yang tinggi!

Kita main kuiz sikit next entry.

Orait?

Salam sayang,










No. Tel: +6 019 3481955 (*prefer Mesej/Whatsapp/ Telegram dulu)

Tuesday, February 14, 2017

DETOX #1: Konsep detox

Assalamualaikum. Salam #hijrahsihat.

Okey, hari ni Ija nak share tentang DETOX.

Kebelakangan ni makin femes term DETOX ni.

Tapi tak semua orang faham

Apa itu detox?
Kenapa perlu buat detox?
Apa kesan buat dan tak buat detox?
Dan macam-macam lagi persoalan la.

Apa yang Ija akan kongsikan ni adalah ilmu daripada Nutritionist.

Bukan google-google copycat. No no no!

Jom kita tengok konsep detox:

Fungsi detox ialah buang toksin daripada badan.

Bila kita dah buat detox, toksin dalam badan semakin kurang.

Dan kita akan rasa:



1. Lebih bertenaga nak buat aktiviti harian dan tak cepat letih.

2. Badan lebih sihat dan cergas.

3. Kulit yang cantik dan berseri-seri.

4. Senang fokus semasa lakukan aktiviti harian.

5. Nafas yang segar.

6. Sistem pengahadaman yang lancar (tiada masalah sembelit, angin dan gastrik).

Banyak lagi kesan-kesan positif yang kita akan dapat dari detox ni.

Yang paling ramai teruja bila dah buat detox BERAT BADAN MENURUN dan KULIT jadi lebih CANTIK.

Tak kurang juga ramai yang BERJAYA HAMIL  selepas detox.

Sebab tu Ija suka sarankan sebelum nak buat apa-apa program, contoh penurunan berat badan atau nak perbaiki masalah kulit muka. Bahkan nak ikhtiar hamil (TTC).

Anda disarankan untuk DETOX dulu supaya kesannya lebih mengujakan.

Dalam apa jua yang kita nak lakukan pasti ada cabaran, sama juga semasa DETOX.

Dalam next entry DETOX#2, Ija akan kongsikan lebih lanjut berkaitan cabaran-cabaran DETOX.

Salam sayang,


PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Monday, February 13, 2017

Sijil HALAL Shaklee 2017

Assalamualaikum. Salam #hijrahsihat.

Di bawah ni Ija lampirkan sijil halal terbaru bagi produk Shaklee.




Salam sayang,

PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Resepi | Rojak Tofu Lembut

Assalamualaikum.

Minggu lepas Ija shopping untuk stok seminggu.

Ija memang buat stok makanan dan barang basah seminggu-seminggu.

Hari shopping plak masa husben offday. Kenapa?

Saje nak libatkan husben dalam hal pengurusan rumah tangga.

Bukan Ija tak boleh buat sendiri pon.

Boleh, cuma nak ada kebersamaan antara husben&wife. Hehe~

Sebelum keluar shopping biasanya Ija dah listkan barang-barang untuk seminggu dan bajetnya sekali.

Walaupun masa shopping nanti tak 100% ikut plan sebab beberapa faktor. Terutamanya bab harga.

Sekurang-kurangnya ada plan yang akan guide kite. Betul?

Tofu Lembut antara barang yang tak masuk dalam list.

Ija beli sebab nak gantikan sumber protin yang boleh jadikan bajet Ija lari. Huhu~

Ija akan sentiasa pastikan makanan yang Ija masak seimbang dari sumber nutrisinya.

Perlu ada:
Protin
Sayur
Buah
Karbohaidrat (pilih yang kompleks*)

*nanti Ija terangkan dalam entri yang lain.

Sebenarnya tak tahu nak masak apa tofu lembut ni. Tapi sebab dah lama teringin nak makan rojak tahu. Guna tofu lembut pun jadi la.

Sesekali layan tekak tak pe la. Jangan buat selalu. Sebab Ija sedang dalam proses #hijrahsihat.

Jom tengok resepi:
Tips Ija: masak tak guna sukatan. Maaf la ye. Memang dari dulu tak pandai nak sukat-sukat. Campak-campak je.

Mana bahan yang tak berapa nak sihat tu letak seminimum mungkin. Asal ada rasa sikit-sikit boleh la.

Bahan-Bahan:
Tofu Lembut: kukus dalam 10 minit

Kuah Rojak:
*Cili padi
*Cili kering (rebus sekejap)
*Bawang putih
*Belacan
*Kicap
*Gula Merah / melaka
Kacang tanah (goreng tanpa minyak & blender kering)

Blender bahan yang bertanda * dan rebuskan kecuali kacang tanah sehingga sedikit pekat.

Sebelum matikan api masukkan kacang tanah yang dah diblender dan kacau.

Rasa tu ikut tekak masing-masing la ye.


Sayuran:
Ija parutkan timun jepun dan karet je. Korang boleh tambah la ikut selera. Nak tambah togeh atau kobis celur pun sedap jugak tu.

Lepas tu susun la dalam pinggan. Contoh macam dalam gambar kat bawah ni:


Komen husben? Alhamdulillah sedap. Selamat mencuba!

Salam sayang,


PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE KLIK SINI